Berkongsi sekali lagi. Hari ini... gelaran ibu itu sudah ku miliki. Benarlah kata pepatah... Jika ingin merasai susah senang menjadi ibu... lahirkanlah seorang zuriat dan nikmatilah kehidupan sebenar yang Allah Kurniakan...
Pengalaman mengandung dan melahirkan yang amat menakjubkan... Hari ini barulah kusedar dengan penuh rasa rendah diri, kerdil dan betapa besarnya keesaanNya... Barulah ku berjaya tafsirkan dari lubuk hati...Tafsir Doa yang ku baca sedari aku mula berdiri menunaikan solat sejak kecilku... "Ya ALLAH, Ampunilah Dosa-Dosa Kedua Ibu BapaKu dan Kasihanilah Mereka Sebagaimana Mereka Mengasihaniku Semasa Aku Masih Kecil...Amin".

Selamat Datang Ke Dunia Anakku. Semoga Hidupmu Sentiasa Beroleh Kebahagiaan
Tatkala seorang insan yang dinantikan iaitu seorang bayi kecil, molek dan zuriat hambamu lahir ke dunia. Bermulalah peranan ibu dan bapa membelai dan mengorbankan segala demi kesihatan dan kebahagiaannya. Tak kenal lapar dan dahaga, penat dan mengantuk, bergaya atau berbelanja... segala-galanya didahulukan kepada anak terlebih dahulu. Anak itu didoakan, disusukan, dimandikan, diasuh dengan penuh pengharapan. Bagaimana mungkin seorang anak membuang ibu bapanya sendiri... Ya Allah... besarnya pengorbanan mama dan abah terdahulu hingga hari ini... Besarnya keperitan dan kedukaan yang mereka sembunyikan untuk memberi senyuman dan kebahagiaan kepada kami... Ya Allah Ampunilah mereka... Bahagiakanlah mereka di dunia dan di akhirat nanti... Amin. Ya Allah, jadikanlah hambaMu ini Ibu dan Ayah yang sabar, murahkanlah rezeki kami dan lindungilah kami dari siksaan dunia, kubur dan akhirat. Ya Allah selamatkanlah anakanda kami... Kurniakanlah anak ini kesihatan yang baik, kekuatan keimanan dan kesabarannya, umur yang panjang dan rezeki halal yang banyak dan lindungilah anak ini daripada godaan syaitan dan hasad dengki manusia... amin
