Sekali lagi ucapan terima kasih kepada pelawat dan pengunjung laman blog ini. Dalam mengkaji dan meneliti reliti hidup yang penuh dengan pancaroba ini, dunia sekali lagi dikejutkan dengan wabak yang sedang merebak di serata pelosok dunia (H1N1)... Setiap hari kita diingatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan diri, mencuci tangan, memakai topeng penutup hidung, mengelakkan kawasan yang disyaki terlibat dan sentiasa memastikan persekitaran kehidupan kita dalam keadaan yang baik. Wabak dan penyakit ini sememangnya ditakuti... bagaikan sejarah berulang lagi tatkala sejarah dunia suatu ketika dulu pernah mencatatkan wabak denggi sebagai wabak yang telah meragut nyawa di serata dunia sehinggalah penemuan vaksinnya.
Namun, wabak yang bagaikan barah yang semakin menular dan merebak dalam kehidupan seharian yang sewajarnya menjadi perhatian semua umat manusia hari ini ialah ancaman sihir, kepercayaan karut dan rendahnya nilai keimanan manusia apabila mendampingi selain daripada Allah Subhanahu Wataala Yang Esa. Kesabaran yang menjadi kunci keimanan semakin susut... akibat tidak mendapat kekasih yang diingini... kerana tamak dan hasad dengki... kerana keinginan untuk mendampingi kekayaan segera... manusia semakin menggadaikan satu-satunya kekuatannya yang ada iaitu jiwa. Sehinggakan sanggup memporak-perandakan keluarga, sahabat dan taulan... Sesungguhnya dari Allah kita dihidupkan dan kepadaNya jua kita akan kembali... dan dengan kenikmatan yang tiada terhingganya ini... wajarlah kita mensyukuri setiap kurniaanNya. Ancaman sihir hari ini bagaikan ledakan fenomena yang bertali arus dan bagaikan tiada hentinya... mengapa ini terjadi? Apakah sihir itu sebenarnya? Yakinlah dalam ujian yang Allah Taala kurniakan... yakinlah bahawa tiada makhluk yang paling kuat pernah diciptakanNya selain Insan yang bergelar Umat Manusia. Yakinlah bahawa tiada sesuatupun di atas muka bumi ini akan berlaku sekiranya tanpa keizinanNya. Justeru, marilah sama-sama kita mendekatkan diri hanya padaNya, berusaha dan memohon hanya kepadaNya.. kerana setiap sesuatu perkara itu tidak akan berjaya hanya dengan berdoa semata-mata... Sebagaimana riwayat menyatakan bahawa "Sesungguhnya nasib sesuatu kaum itu ditentukan oleh kaum itu sendiri..." Maka wajiblah kita berusaha... berdoa... dan bertawakal kepadaNya... Ujian yang mendatang bagaikan metafora sebuah lakonan pentas hidup... Bersabar dan berusahalah merawatinya kerana setiap penyakit itu telah dijanjikan Allah akan penawarNya..... Sama-samalah kita muhasabah diri dan menjadikan ayat-ayat kalam Allah sebagai santapan Rohani agar kita terhindar bukan hanya daripada wabak H1N1, Sihir... Malahan Semoga Allah kurniakan kekuatan dan kesihatan kepada setiap zat tubuh badan yang diciptakanNya kepada Kita. Mudah-mudahan hidup kita akan di rahmati dan dimurahkan rezeki yang Halal daripadaNya... Amin